Thursday, December 17, 2009

Pertemuan Selepas 21 Tahun


Syukur Alhamdulillah.. atas ketentuan Allah.. selepas 21 tahun, di pertemukan semula Cikgu SMVSR 87-88 En. Nor Alam Mahmud (Elektronik) telah berjumpa dengan kami di sini malam tadi di Hotel Tower Regency.Beliau bersama dengan isteri tercinta telah dijempat untuk bersama menghadiri jamuan makan malam untuk menyambut kedatangan cikgu di sini.

Cikgu Nor Alam telah berada di Ipoh selama 4 hari untuk memantau aktiviti pelajar Politeknik Seberang Perai dibawah seliaan beliau dimana para pelajar tersebut menjalani latihan industri (praktikal) yang kebetulan salah seorang pelajar beliau menjalani praktikal di bawah seliaan syarikat saya..

Kami berasa amat bersyukur dan gembira dapat bertemu dengan cikgu kembali.. di harap kita dapat bertemu kembali di lain masa, Insyallah.. Terima Kasih Cikgu..

No comments:

Pengumuman -

.....