Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Buat Guru-Guru SMVSR , kami mewakili rakan-rakan pelajar SMVSR mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Malaysia terutama guru yang mengajar kami di SMVSR tidak kira cikgu berada dimana jua.. jasa cikgu tetap dikenang..

Terima Kasih Cikgu !


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Buletin Semasa -Mei 2009

1. Pendaftaran bagi kelab warga SMVSR (sila beri persetujuan untuk mendaftar)
2.Kelab warga SMT/V SR akan membuat satu perjumpaan mengenai program sempena menyambut SMT/V SR ke arah Jubli Perak yang ke 25 tahun.
(sebarang pertanyaan sila hubungi En. Rosli)

3. Cadangan untuk program Family Day untuk ahli kelab SMVSR di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) di Felda Sg.Klah, Sungkai,Perak.

- membawa ahli keluarga, anak-anak berkelah disamping mengeratkan lagi tali silaturrahim antara rakan-rakan

- mengenali lebih dekat rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa

4. 24 hb Mei 2009 Ahad pada jam 3 ptg, di Tesco Extra Shah Alam, rakan-rakan SMVSR telah mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa dan mengenai kelab SMVSR.



5. 26 MEI 2009 - Aktiviti Amal SMVSR


Kelab warga SMVSR akan mengadakan aktiviti amal bagi membantu warga SMVSR iaitu Sharifuddin bin Abd Aziz dari kelas ABM ( Din tompok ), sekarang terlantar sakit (stroke) dirumahnya di Batu Caves, Selangor.
Salah satu aktiviti amal kelab yang dijalankan ialah memohon sumbangan ikhlas dari sahabat semua bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

Semua sumbangan akan diserahkan kepada Din Tompok pada 14/06/09 (Ahad).Rakan-rakan lain iaitu Din Pendek,Mad Din, Ibrahim, Anton,Panther,Nizam abm,Nadzri (Demang) dan Fazlee sepakat untuk menziarahi Din Tompok dan menyampaikan sumbangan.
Sesiapa yang ingin membantu,menziarah atau menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi Rosli Mohamed atau bank-in ke dalam akaun Maybank seperti di dibawah:

ROSLI BIN MOHAMED
Akaun Maybank no : 162058738669

"Sebelum tarikh 13/06/09. Sila maklumkan berapa jumlah sumbangan, nama penuh dan tarikh saudara membuat sebarang transaksi. Kerjasama dari semua saya harapkan bagi melancarkan lagi projek amal ini.
Sampaikan perkara ini kepada sahabat kita yang lain..Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban beliau sekeluarga.Saya diberitahu oleh beliau sendiri pada 27/04/09 yang lalu isterinya terpaksa ambil alih tanggungjawab bagi menyara keluarganya"..

"Kepada sahabat yang sudi menderma saya ucapkan berbanyak terima kasih dan hanya Allah saja yang dapat membalas niat ikhlas yang kita lakukan" pesanan dari En. Rosli Mohamed..

6. 30 Mei 2009- Cadangan Pelaburan Projek Cili Besar

Salam buat semua sahabat,
Merujuk kepada perkara di atas.Samsudin bin Yahya ( din pendek )akan menjalankan projek penanaman cili besar, projek ini akan dimulakan pada bulan 6.

-500 beg >> +-RM4000
RM40 sebulan ( sehingga cukup rm4000 bergantung berapa ramai yang melabur, sekiranya jumlah pelabur ada dalam 50 org jadi kita hanya perlu bayar utk 2 bln sahaja )
-Projek dijangka akan bermula pada bulan 6 ( bergantung sambutan ahli )Mana2 ahli yang melabur secara automatik akan menjadi ahli eksekutif (Ahli VIP)
Keistimewaan VIP MEMBERS ni, sekiranya ada apa2 aktiviti yang memerlukan bayaran akan diberi diskaun dan segala cenderahati dari kelab SMVSR akan diberi percuma. Segala keuntungan dari projek ini akan disalurkan ke dana kelab warga smvsr.
-Tujuan dana ini di wujudkan adalah untuk membantu/menjaga kebajikan ahli kelab.Dimana sekiranya ada diantara ahli kelab yang ditimpa musibah contohnya rumah terbakar,kematian ahli,kelahiran bayi atau yang mengidap penyakit kronik (cthnya spt dialami din tompok skrg) Pihak pengurusan kelab akan cuba membantu sedaya yang mungkin.Tapi kalau NAK KAWIN SORANG LAGI , MINTAK MAAP LAAA ek.
-Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi samsudin melalui email : 'suspg3@yahoo.com' @ talian hayat : 013-3262741.
-SEBELUM 05/06/09.Kengkawan akan melawat tapak projek pada 14/06/09 .

Pengumuman -

.....