Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2012

Assalamualaikum,
Buat semua warga voctech dan guru 
serta bekas guru SMVSR.
Disini saya ingin mengambil kesempatan 
untuk mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN..

Mohon kemaafan sekiranya saya ada melakukan
kesilapan samada saya sedari atau tidak...
Yang baik itu datang dari Allah dan yang tidak
baik itu dari kelemahan saya sendiri.
Sepanjang saya menerajui Alumni.

Kepada semua saya doakan semoga selamat 
berhari raya dan selamat sampai kedestinasi 
masing-masing.

"Pandulah dengan cermat ingatlah orang yang
kita sayangi"

PENGERUSI ALUMNI.
SMV & SMT SLIM RIVER PERAK.




Saturday, August 11, 2012

Lawatan Ziarah ke Ipoh, Perak





Presiden Alumni , En Rosli dan rakan-rakan telah datang ke bandar Ipoh pada 6 Ogos 2012 untuk menziarahi saudara Harmanizan Haneff, di mana Harmanizan yang telah menghadapi penyakit kanser usus. Beliau juga adalah pelajar SMTSR pada tahun 1998/99. En. Rosli sedang menyampaikan sekeping cek & hamper barangan, hasil sumbangan dari cikgu-cikgu, rakan-rakan dari persatuan alumni.Sama-sama kita memberikan sokongan moral dan doa untuk kesejahteraan & kesihatan yang baik pada En. Harmanizan.

Saturday, July 21, 2012

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak pada semua pengunjung blog SMV Slim River, semoga mendapat keberkatan di dalam amal ibadat di bulan yang berkat ini.


Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YG KE 54.


Assalamualaikum w.a.t dan selamat sejahtera buat semua.






Disini saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATIN  DAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54.






Saya ingin memohom kemaafan kepada semua
warga voctech sekiranya saya ada melakukan 
kesilapan , samaada saya sedari ataupun tidak.
Yang baik itu datang dari allah dan yg tak baik itu
datang dari kelemahan saya sendiri.







Saya juga mendoakan keselamatan semua warga 
warga voctech, kepada ahli yang memandu 
kenderaan tidak kira samada kereta atau motor,  
berhati-hatilah ketika memandu, elakkan kenderaan 
anda dari disaman oleh PDRM kerana memandu
melebihi had laju yang ditetapkan dan yang paling 
penting elakkan kemalangan.








Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kpd
AJK ALUMNI dan semua ahli yang banyak membantu 
dalam mengerakkan alumni sekolah kita.






*1 Sekolah 1 Alumni *








Sekian Terima Kasih,


Pengerusi Alumni



SMV & SMT Slim River Perak.


MERDEKA !! MERDEKA !!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54.

Hayatilah erti kemerdekaan yg sebenar..

Dari Pengurusan
Alumni Smv & Smt Slim River. Perak.

Sunday, August 7, 2011

Majlis berbuka puasa alumni.

Info terkini.
Majlis berbuka puasa alumni pada tahun ini TIDAK dapat
dijalankan kerana memandangkan faktor masa,kutipan,tempahan
dan lain2.
Dengan ini Alumni memohon maaf diatas kesulitan.
Diharap semua warga voctech dapat memberi sokongan
pada aktiviti yang akan dijalankan seterusnya.

Terima Kasih.
Pengurusan Alumni.

Monday, August 1, 2011

Salam ramadhan buat semua warga voctech.


Sempena dengan kedatangan Ramadhan Al Mubarak....
Sama-samalah kita menghayati bulan yg mulia ini dengan Jiwa yg bersih,
Hati yang suci ikhlas ,Fikiran yg lapang & tenang, jauhkan perasaan hasad
hasad dengki sesama kita lupakan rasa marah, dendam, curiga, cemburu dan
segala yang boleh menyebabkan kita menjadi tidak 'waras'...sebagai
manusia biasa yg lemah ,marilah kita muhasabah diri ke arah yg
lebih baik dari hari ini dan semalam……


~Pengerusi Alumni~

Sunday, July 17, 2011

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN ALUMNI SMV & SMT SLIM RIVER PERAK KALI 1

Salam sejahtera dan Salam 1 Alumni.


Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput hadir ke Mesyuarat Agung Kedua dan pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Smv
& Smt Slim River yang akan diadakan seperti berikut :-
...
Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 1.00 petang.
Tempat : Dewan Besar Sek. Men. Vokasional Slim River Perak.
Kehadiran : Ahli Alumni berdaftar dan semua warga voctech.
*HADIAH ISTIMEWA MENANTI AHLI YANG HADIR *

Sila buat pengesahan kehadiran sebelum 10 Julai 2011.Sila hubungi
En Rosli untuk pengesahan kehadiran melalui h/p 012-3644258 atau
inbox Fb ~ Lie voctech.
* Hadiah istimewa/makanan hanya akan disediakan bagi ahli yg CONFIRM
HADIR saja.

Kaunter daftar ahli akan dibuka .
Daftar secara walk in sebelum mesyuarat juga diterima.
Daftar Ahli Alumni RM20 saja dan yuran bulanan RM10 saja.

Daftar secara On9 dilaman sesawang alumni -
http://www.smv-sr.blogspot​.com/

Ahli alumni akan menerima :-
1-Kad ahli
2-Sticker Ahli (kereta dan motosikal)
3-Buku perlembagaan (Undang2 dlm persatuan)

Kehadiran Tuan/Puan amatlah alumni alu-alukan sebagai tanda komitmen yang jitu dan kerjasama yang erat dalam menentukan hala tuju Persatuan Alumni ini.

ATURCARA
23 Julai 2011 (Sabtu)

1.00 petang : Ketibaan dan pendaftaran para Alumni

2.45 petang : Ketibaan penasihat Alumni :-
Tuan Pengetua Sek. Men. Vokasional Slim River perak.
En. Ab Hamid bin Fazal Mohamad.
3.00 petang : Ucapan Alu-aluan oleh Penasihat Alumni

3.10 petang : Ucapan Alu-aluan oleh Presiden Alumni

3.15 petang : Mesyuarat Agung dimulakan.

4.15 petang : Jamuan minum petang.

4.30 petang : MAJLIS BERSURAI

AKTIVITI PETANG.

5.00 petang : Perlawanan persahabatan diantara Alumni dan SMVSR.
(Rugbi/Bola tampar dll )

*Ahli diminta membawa persalinan/kasut sendiri dan sebagainya sekiranya menyertai perlawanan .

Marilah kita semua hadir beramai2 bagi memilih AJK BARU ALUMNI.
Sokongan dan kerjasama dari semua ahli amatlah diharapkan
supaya alumni akan lebih maju setanding SMVSR.

Terima kasih.
Pengurusan Alumni.
Smv & Smt Slim River Perak.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Kepada semua tenaga pengajar, bekas tenaga pengajar dan bekas pelajar SMT & SMV Slim River yang telah bergelar bapa;


Daripada Kami,
-VocTech -

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru




Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada agama, bangsa dan juga negara. Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua cikgu yang pernah atau masih lagi mengajar di SMV / SMT Slim River.

Daripada Kami,
-VocTech -

Tuesday, April 26, 2011

HARI KELUARGA ALUMNI & MESYUARAT AGUNG KE2

Assalamualaikum.

Kepada semua warga voctech.
Persatuan alumni akan mengadakan :-

HARI KELUARGA ALUMNI & MESYUARAT AGUNG KE2

TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA VOCTECH, GURU2 SMVSR DAN
BEKAS2 GURU.

Tarikh  : 11-12hbJun2011
Hari : sabtu/ahad
Bayaran:
RM260 (Ahli)
RM200 (Bujang)
RM300 (Bukan Ahli)
*Bayaran termasuk penginapan,makan (sekeluarga),c/hati,t/shirt,lucky draw,hadiah, dll


1 Apartment : 3 bilik tidur ( 3 keluarga) (Bujang 6 org)

Kepada warga voctech dan guru yang telah mengesahkan kehadiran sila membuat bayaran deposit sebanyak RM100 bermula

Tarikh - 17.4.2011
Baki bayaran - 31.5.2011.

Semua urusan pembayaran melalui bank in atau on9 maybank2u.com

Ke akaun : ROSLI BIN MOHAMED
Akaun no :162058738669
SMS maklumat ke talian 012-3644258/inbox fb -Lie voctech
1- Nama penuh
2- Batch
3- Saiz T/shirt
4-Jumlah bayaran dan simpan slip pembayaran utk rujukan.

Tentatif :

11.6.2011 - Sabtu
1.00ptg - Pendaftaran
            *Check in - 3.00 ptg
4.00ptg- 7.00mlm -Aktiviti sukan anak2 dan keluarga.
8.00mlm - 9.00 mlm -Makan malam dan penyampaian hadiah aktiviti sukan.Cabutan bertuah akan diadakan semasa makan malam....hadiah yg menarik menanti anda,
GRAND PRIZE : SAMSUNG GALAXY TAB
1st PRIZE : BLACKBERRY
dan hadiah2 lain....

9.00-mlm - 11.00mlm -Mesyuarat agung (Hanya ahli yg berdaftar saja masuk bilik mesyuarat)

12.6.2011 - Ahad
Aktiviti bebas hingga check out jam 12.00ptg.

Marilah kira beramai2 memeriahkan hari keluarga alumni,
disamping kita semua berkenalan sesama warga kita juga akan
memilih bakal2 AJK BARU alumni bg tahun 2011-2012.

Sebagai ahli yang berdaftar layak memilih pemimpin yang
akan mengerakkan alumni sekolah kita.

Terima kasih.
Pengurusan Alumni.

Thursday, March 31, 2011

Hari Keputusan SPM Keluar (23/3/2011)



Tempat:
Sek. Men. Vokasional Slim River

Tarikh :
23 Mac 2011

Alumni yang hadir



Pengerusi dan Timb. Pengerusi Alumni


Pelajar cemerlang


Pelajar cemerlang


Mereka mereka yang bertungkus-lumus di kaunter pendaftaran ....


Pelajar cemerlang bersama Ibunya


sambutan di kaunter pendaftaran


Dalam kesibukan sempat lagi tgk camera..








Pengumuman -

.....