Thursday, October 15, 2009

Kongsi ilmu.....

Sekadar Renungan......
Aku nak berkongsi satu cerita... seorang hamba Allah (Abu- bukan nama sebenar) ini memiliki dua org anak. Masing2 berebut wang RM1. Satu dari wang syiling tu adalah syiling emas. Disebabkan tamak salah seorg dari anak Abu menelan wang syiling RM1 tadi. Tetapi, nasib tak menyebelahi si anak. Wang tersebut tersekat di dlm rongga tekaknya menyebabkan si Abu terpaksa membawa anaknya ke hospital. Berbagai cara di buat doktor tapi wang syiling itu tak juga berganjak dari tempatnya. Jalan terakhir adalah pembedahan.Doktor yang merawat anak si Abu seorg yang begitu kuat pegangan agamanya. Doktor mencadangkan Abu supaya bersedekah sebelum prosiding terakhir dijalankan...Abu bergegas ke masjid hospital dan bersedekah RM10 ke tabung masjid, ikhlas moga2 anaknya selamat...Apabila, Abu bersedekah RM10 , wang syiling yang terlekat dalam rongga tekak anaknya berganjak sedikit...Dia menambah lagi jumlah sedekahnya itu sedikit demi sedikit dan syiling di tekak anaknya menggelusur perlahan-lahan sehinggalah jumlah yang Abu sedekahkan ikhlas pada masjid tu mencecah RM50, wang syilling tadi terus berlalu dari rongga tekak anaknya sekaligus menyelamatkan nyawa anaknya. Itulah kebesaran Allah...Oleh sebab itu, org yang diuji dengan penyakit. Salah satu caranya adalah dengan bersedekah.Sedekah membuka pintu rezeki, sedekah menyediakan kita ke jalan kebajikan dan bersedekah juga memandu kita ke lorong kebahagiaan.Rasulullah s.a.w bersabda, "Ubatilah orang sakit di antara kamu dengan sedekah"Keterbatasan harta bukan halangan untuk bersedekah apatah lagi kalau kita berkemampuan. Sebab sedekah boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk:1. Sedekah dgn hati (berazam melakukan perkara2 baik)2. Sedekah dgn lisan (berzikir, berkata perkara yg baik2 dll)3. sedekah dgn perbuatan ( senyum, memberi nafkah kepada keluarga, menanam pokok, menahan diri daripada maksiat, mengajar ilmu yg bermanfaat dan byk lagi)

Aku: Maka...nak ringankan semua beban yg kita tanggung maka bersedekahlah dan mohon doa restu dari ibu. Bila kita sedar akan betapa besarnya semua ini pada takdir dan kehidupan kita. Maka, kita akan mampu lalui semua ini dgn begitu mudah...Insya-Allah. Dan kita harus percaya bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya.

No comments:

Pengumuman -

.....