Monday, September 28, 2009

Galeri Gambar Terkini Cikgu SMVSR

Cikgu Mohd Tahir

Tuan Hj. Azhar

Cikgu Liew Kong Meng



Cikgu M. Zahari
Cikgu Zahari & Cikgu Halimaton Saadiah

bersambung ..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Kami mewakili warga SMVSR ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin pada rakan-rakan dan semua pengunjung Blog SMVSR tak kira di mana jua berada.

Thursday, September 17, 2009

Pengumuman - Salam Takziah

Di beritakan bahawa Ayahanda kepada rakan kita Rashidi Adrus telah kembali ke Rahmatullah hari ini pada 16 Sept 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman..

Al-Fatihah..

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Ipoh

Rakan-rakan dari Ipoh : ipong,mizal,zulfakri,azua telah bersama berbuka puasa di Tower Regency Hotel, Ipoh..

Monday, September 14, 2009

Sunday, September 13, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Vokasional Slim River Perak.

Friday, September 11, 2009

Tazkirah Jumaat

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

1· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Rebutlah masa yg di kurniakan Allah pada Ramadhan kali ini utk bersujud kepadaNya, kerana kita tak pasti apakah kita akan bertemu pada Ramadhan yang akan datang. Semoga puasa kita kali ini di terima Allah.Insyaallah....

p/s: aku (din pendek) memohon maaf pada kengkawan semua atas kesalahan2 sama ada yang aku sedari atau pun tidak di sepanjang perkenalan kita.

Monday, September 7, 2009

Tazkirah Ramadhan

Sebahagian Wasiat Rasulullah SAW kepada Saidina AliSabda Rasulullah SAW :Wahai Ali !1) Orang yang murah hati itu hampir kepada Allah, hampir kepada rahmatNya dan jauh daripada siksaanNya. Dan orang yang kikir itu jauh drp Allah, jauh drp rahmatNya dan hampir kepada siksaanNya.2) Sesiapa yang memberi makan kepada seorang muslim dengan senang hati, nescaya Allah tuliskannya 1000 kebajikan, dihapuskan 1000 kejahatan dan diangkat 1000 darjat.3) Bersedeqahlah untuk keluargamu yang telah mati. Allah SWT telah mewakilkan beberapa malaikat yang akan membawa sedeqah orang yang hidup kepada orang yang mati itu, maka sukacitalah mereka (orang mati) lebih daripada sukacitanya semasa di dunia sambil berkata : Ya Tuhanku, ampunilah orang yang menerangkan kubur kami dan gembirakanlah dia dengan syurga sebagaimana dia telah mengembirakan kami dengan sedeqahnya.4) Banyak tidur itu mematikan hati dan menghilangkan keelokan. Banyak dosa itu mematikan hati dan mewariskan penyelesaian.5) Jika Allah murka terhadap seseorang nescaya ia beri rezeki harta yang haram. Apabila ia sangat murka terhadapnya, nescaya ia wakilkan syaitan yang memberkatkan hartanya yang haram itu.Lalu syaitan itu menjadi kawannya dan menyibukkannya daripada urusan agamanya dengan dunia, serta ia mudahkan kepadanya segala urusan dunianya sambil berkata : Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.6) Wahai Ali ! Tiada agama bagi orang yang tidak takutkanNya.Tiada akal bagi orang yang tidak ada pemeliharaannyaTiada iman bagi orang yang tidaka ada wara'nyaTiada ibadah bagi orang yang tidaka ada ilmunyaTiada perikemanusiaan bagi orang yang tidaka ada sedeqahnyaTiada keamanan bagi orang yang tidaka ada rahsianyaTiada taubat bagi orang yang tidaka ada taufik baginyaTiada kemurahan hati bagi orang yang tidaka ada malunya7) Sebaik-baik manusia di sisi manusia ialah orang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia yang paling jahat ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya dan baik amalannya. Dan manusia yang paling dibenci Allah ialah makan bersendirian dan menegah kawannya, memukul hambanya, memuliakan orang kaya dan menghina orang fakir. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang hidup dalam keadaan haram dan mati dalam keadaan haram. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang panjang umurnya, buruk amalnya dan tidak bertaubat walhal ia tamak dalam mendapatkan keampunanNya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang menzahirkan persahabatannya dengan seorang muslim sedangkan ia melakukan sebaliknya. Dan yang lebih jahat drp itu ialah orang yang hilang permulaan umurnya dalam kelalaian sedangkan penghabisan umurnya ia malas taat kepada Allah.8) Tanda-tanda iaitu bagus jiwa dan batin kepada Allah dan bagus khidmat.9) Wahai Ali !Orang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci terhadap harta yang tidak dapat menolongnya di akhirat, 2) benci terhadap perempuan yang menjadi fitnah dalam agama3) benci berkata-kata dalam hal kehormatan manusia10) Wahai Ali !Orang berakal itu ada tiga tanda iaitu : 1) menggunakan dunia untuk manfaat akhirat2) menanggung kekasaran orang3) sabar atas segala kesusahan11) Wahai Ali !Orang berilmu itu ada tiga tanda iaitu : 1) berkata benar2) menjauhkan yang haram3) merendah diri12) Wahai Ali !Orang yang takut kepada Allah itu ada tiga tanda iaitu : 1) memelihara diri daripada berdusta dan berbuat buruk2) menjauhi kawan yang jahat3) meninggalkan perkara yang separuh halal kerana takut jatuh kepada yang haram13) Wahai Ali !Kebenaran itu ada tiga tanda iaitu : 1) sembunyikan ibadah2) sembunyikan sedeqah3) sembunyikan musibah14) Wahai Ali !Orang yang 'abid itu ada tiga tanda iaitu : 1) benci kepada nafsunya 2) sentiasa menghisabkan nafsunya3) memanjangkan berdiri mengadap Allah15) Wahai Ali !Orang yang soleh itu ada tiga tanda iaitu : 1) memperbaiki perkara yang melibatkan antara dirinya dengan Allah dengan amal soleh2) memperbaiki agamanya dengan amal3) suka bagi manusia apa yang dia suka bagi dirinya16) Wahai Ali !Orang yang beruntung itu ada tiga tanda iaitu : 1) makanan yang halal2) duduk bersama ulama'3) solat fardhu berjemaah17) Wahai Ali !Orang yang mukmin itu ada tiga tanda iaitu : 1) segera dalam taat kepada Allah2) menjauhkan segala yang haram3) berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya18) Wahai Ali !Orang yang murah hati itu ada tiga tanda iaitu : 1) memberi maaf kepada orang yang bersalah ketika ia mampu membalas kesalahan itu2) mengeluarkan zakat3) suka bersedeqah19) Wahai Ali !Orang yang peramah itu ada tiga tanda iaitu : 1) menghubungkan orang yang memutuskannya (persaudaraan)2) memberi orang yang menegahnya3) memaaf orang yang menzaliminya20) Wahai Ali !Orang yang sabar itu ada tiga tanda iaitu : 1) sabar atas taat menjalankan perintah Allah2) sabar menghadapi musibah3) sabar menerima qadha Allah21) Wahai Ali !Orang yang bertaubat itu ada tiga tanda iaitu : 1) menjauhkan yang haram2) menuntut ilmu3) tidak akan kembali membuat dosa spt tidak akan kembali susu yang diperah ke tempatnya.22) Sesiapa yang memerintah berbuat baik dan mencegah kemungkaran, nescaya Allah akan menghinakan musuhnya. Sesiapa yang benar dalam segala perkara, nescaya Allah murka kerana murkanya. Apabila seorang anak yatim menangis, nescaya bergoncanglah 'arasy, maka diserukana : Wahai Jibril ! Luaskan neraka untuk orang yang membuat anak yatim itu menangis dan luaskan syurga untuk orang yang membuat anak yatim itu ketawa.23) Jibril mengharap menjadi manusia kerana 7 perkara :1) solat fardhu berjemaah2) menghadiri majlis ulama'3) menziarah orang sakit4) memberi minuman5) mendamaikan dua saudara yang bermusuhan6) memuliakan jiran 7) memuliakan anak yatim______________________

Pengumuman -

.....